Friday, August 14, 2009

PELAKSANAAN PENGAJARAN SAINS, MATEMATIK DAN TEKNOLOGI DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI)

Adakah wajar PPSMI ini diteruskan atau dimansuhkan??

Mari kita gali lebih dalam apa yang telah yang telah dibincangkan dan adakah PPSMI ini diteruskan ataupun dimansuhkan?

Seperti mana yang kita tahu, PPSMI ini diadakan adalah bertujuan untuk meningkatkan pengguasaan bahasa inggeris dengan bagus. Ini adalah satu tindakan kerajaan yang bijak tetapi ia juga mempunyai kesan yang teruk di mana ia boleh meminggirkan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu dan budaya tinggi yang kita telah pegang dari zaman nenek moyang kita.

Atas sebab itulah Kementerian sedang mencari jalan bagaimana cara atau kaedah mengajar bahasa Inggeris yang sesuai dan berkesan dan telah memilih untuk meneruskan PPSMI ini kerana kita rakyat Malaysia kurang penguasaan dalam bahasa Inggeris dalam sains dan matematik terutamanya sesetengah orang melayu.


Reaksi Masyarakat.....

Ini telah menyebabkan orang Malaysia terutamanya orang melayu berasa terkilan kerana bahasa ibunda mereka telah disisihkan dan cuba mengambil bahasa asing sebagai bahasa yang penting. Ini seperti telah menghina bahasa kebangsaan sendiri.

Kerajaan mestilah belajar dari pengalaman. Dalam tahun 60-an Kerajaan telah “mengusir” keluar tulisan jawi daripada bilik darjah. Akibatnya 40 tahun kemudian akhbar tulisan jawi menjadi tidak lagi berdaya maju. Sekarang kerajaan sekali lagi “mengusir” keluar bahasa Melayu daripada bilik darjah “sains dan teknologi”. Kemungkinan besar 40 tahun lagi akhbar berbahasa Melayu tidak akan berdaya maju dan akan menjadi sisipan saja kepada akhbar Inggeris dan Mandarin. Pada waktu itu bahasa Melayu bukan lagi bahasa ilmu dan budaya tinggi.


Fakta.....

Fakta menunjukan institusi pendidikan di peringkat rendah, berdasarkan peratusan bagi subjek Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik adalah sekitar 40 peratus. Di peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR), secara purata, subjek Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik adalah sekitar 34 peratus. Dalam aliran sains di peringkat SPM, jumlah mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan English for Science and Technology (EST) adalah sekitar 66 peratus daripada jumlah keseluruhan. Begitupun jumlah untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains hanyalah di sekitar 34 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Ini adalah jumlah peratusan yang sangat sikit dan jika PPSMI ini diteruskan maka penduduk di Malaysia ini terutamanya pelajar - pelajar melayu akan disisihkan dari masyarakat kerana penguasaan bahasa Inggeris sangat lemah.


Pada Pendapat Saya.........

Saya tidak bersetuju dengan Pelaksanaan Pengajaran Sains, Matematik Dan Teknologi Dalam Bahasa Inggeris(PPSMI) jika ia diteruskan kerana ini boleh merosakkan bahasa kebangsaan kita. Jika ini diteruskan juga.., mungkin ramai pelajar - pelajar melayu kita semua akan gagal dan reputasinya akan merosot. Ini akan menyebabkan kejatuhan orang melayu dan kaum - kaum lain akan menindas kita.

Contohnya di Singapura.., ramai warganegara di sana tidak tahu untuk bercakap dalam bahasa Melayu kerana apa? kerana negara di sana telah di ajar untuk bercakap dalam bahasa Inggeris. Seperti nagara kita juga..., kita perlu menjaga bahasa kebangsaan kita supaya tidak hilang di luput zaman.

Malaysia ini bukan England, bukan Amerika, bukan India, bukan Taiwan, bukan Singapura untuk belajar bahasa Inggeris sebagai bahasa ibunda. Malaysia ini adalah Malaysia yang dahulunya Persekutuan Tanah Melayu yang sejarahnya bermula sejak sebelum kerajaan Melayu Melaka lagi. Kembalikanlah bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara kita seperti sebelum tahun 2003 kerana apa tuan - tuan? kerana BAHASA MENUNJUKAN BANGSA!!!!!

Thursday, August 13, 2009

Program Latihan Info Genius



Assalamualaikum semua...., saya di sini sihat sejahtera di samping keluarga tercinta. Adakah anda pernah dengar tentang program latihan info genius? Adakah anda tahu tentang kebaikan bila seseorang menyertai program ini? Saya akan ulaskan lebih lanjut tentang program ini....


Pengenalan

Program latihan Info Genius ini ialah sebuah pusat di mana ia memberikan latihan - latihan untuk para - para graduan yang masih tidak ada pekerjaan dan juga kepada pekerja - pekerja yang telah diberhentikan kerja.Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk kita belajar sesuatu dan pada masa yang sama kerja juga perlu kita cari.

Penerangannya....,


1) Info Genius ini menyediakan latihan ini selama 3 bulan dalam program 'Business Executive Development' bagi para graduan dan juga program 'automotif' bagi pekerja yang diberhentikan atau pekerja yang menggangur supaya dapat menerima segala pengalaman dan kemahiran yang akan di lalui apbila mamasuki sesuatu pekerjaan.


2) Info Genius ini juga telah menyediakan banyak kemudahan untuk sesiapa yang telah menyertai program ini seperti makmal komputer, cara pemasaran mempelajari elektronik dan lain - lain lagi.



Kelebihan @ Kebaikannya.......,

1) Menggurangkan kadar penggaguran.

2) Menerima elaun sebanyak RM500 bagi tiap - tiap bulan selama 3 bulan.


3) Dapat mempelajari segala kemahiran - kemahiran yang ada dari segi penggunaan komputer dan juga cara - cara bekerjasama di dalam kumpulan.


4) Dapat meningkatkan bahasa inggeris kita.


5) Sijil akan diberikan.


6) Pekerjaan akan diberikan.


7) Hostel juga diberikan.

8) Mendapat kawan baru.


9) Bebas.



Kelemahan @ Keburukannya.....,


1) Elaun yang diberikan tidak mencukupi.


2) Kelas yang diadakan terlalu tinggi.



Cadangan saya......?


1) Agar pusat ini menyediakan lif bagi para pelajar yang mahu ke kelas.


2) Elaun perlu ditambahkan.


3) Waktu rehat perlu ditambahkan.

Wednesday, August 12, 2009

MaJu MaLaYsIa MaJu

1 Malaysia adalah satu konsep di mana ia memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai - nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Ia bukan satu dasar baru yang terpisah dari dasar-dasar kerajaan politik, sebaliknya ia merupakan pelengkap kepada pendekatan - pendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan, ke arah mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat dan negara Malaysia.
Malaysia merupakan 1 konsep di mana semua rakyat di Malaysia yang berbilang kaum seperti melayu, cina, india atau lain - lain bangsa merupakan satu keluarga di negara ini kerana telah bersatu padu selepas mendapatkan kemerdekaan yang pertama hinggalah sekarang.

Perpaduan yang digambarkan oleh gagasan 1 Malaysia amat berbeza dari konsep yang diamalkan di negara - negara lain di mana kaum - kaum etnik dihapuskan dan diganti dengan satu kaum di mana rakyat telah bekerjasama tanpa mengira bangsa atau agama dan dapat hidup dari segi perpaduan diri. Malaysia juga menekankan sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara dan dapat mengeratkan hubungan silaturahim.

Oleh sebab demikian.., penduduk di Malaysia ini telah membangun dengan megahnya dan telah mengambil langkah yang baik dalam pembangunan negara seperti sektor pertanian, perkilangan, perindustrian, perlancongan dan lain - lain yang boleh memajukan industri kewangan negara.

Kita sebagai rakyat Malaysia harus membangun dari segi ekonomi dengan membanyakkan mengekspot barangan tempatan ke luar negara agar barangan kita mendapat tempat di arena antarabangsa. Kita juga kena banyak berfikir bagaimana untuk memajukan nagara yang kita yang kita cintai seperti mengurangkan perbelanjaan dan amalkan cara hidup kesederhanaan supaya ekonomi negara dapat maju setapak ke hadapan dan lebih tinggi bertingkat - tingkat daripada negara - negara lain.
__________________________________________

Monday, August 10, 2009

Assalamualaikum ..

Adakah anda pernah mengunjungi tempat2 yang menarik seperti Cameron Highlands


Rugi kalau anda tidak pergi ke sini kerana terdapat tempat - tempat yang menarik perhatian anda dengan suasana yang aman serta nyaman serta dapat menghidu udara yang segar di pagi hari...









Peta untuk ke Cameron Highland


Tempat- tempat Menarik di Sana:
  • Strawberry Farm

  • Cactus Point

  • Ladang Teh Barat


  • Ladang Teh Boh


Terdapat banyak hotel - hotel di cameron Highlands. Antaranya ialah

  • Hotel Equatorial
  • Lakeside Hotel
  • Heritage Hotel
  • Casa De La Rosa Hotel

Paparan Menarik Di Cameron Highlands:




Thursday, August 6, 2009

salam perkenalan semua.......,
harap dapat bersabar apabila berada di dalam blog nie....,
kerana anda tidak akan sabar untuk melihat perkara-perkara yang menarik di dalam blog nie...

Followers