Wednesday, August 12, 2009

MaJu MaLaYsIa MaJu

1 Malaysia adalah satu konsep di mana ia memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai - nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Ia bukan satu dasar baru yang terpisah dari dasar-dasar kerajaan politik, sebaliknya ia merupakan pelengkap kepada pendekatan - pendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan, ke arah mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat dan negara Malaysia.
Malaysia merupakan 1 konsep di mana semua rakyat di Malaysia yang berbilang kaum seperti melayu, cina, india atau lain - lain bangsa merupakan satu keluarga di negara ini kerana telah bersatu padu selepas mendapatkan kemerdekaan yang pertama hinggalah sekarang.

Perpaduan yang digambarkan oleh gagasan 1 Malaysia amat berbeza dari konsep yang diamalkan di negara - negara lain di mana kaum - kaum etnik dihapuskan dan diganti dengan satu kaum di mana rakyat telah bekerjasama tanpa mengira bangsa atau agama dan dapat hidup dari segi perpaduan diri. Malaysia juga menekankan sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara dan dapat mengeratkan hubungan silaturahim.

Oleh sebab demikian.., penduduk di Malaysia ini telah membangun dengan megahnya dan telah mengambil langkah yang baik dalam pembangunan negara seperti sektor pertanian, perkilangan, perindustrian, perlancongan dan lain - lain yang boleh memajukan industri kewangan negara.

Kita sebagai rakyat Malaysia harus membangun dari segi ekonomi dengan membanyakkan mengekspot barangan tempatan ke luar negara agar barangan kita mendapat tempat di arena antarabangsa. Kita juga kena banyak berfikir bagaimana untuk memajukan nagara yang kita yang kita cintai seperti mengurangkan perbelanjaan dan amalkan cara hidup kesederhanaan supaya ekonomi negara dapat maju setapak ke hadapan dan lebih tinggi bertingkat - tingkat daripada negara - negara lain.
__________________________________________

No comments:

Followers