Friday, August 14, 2009

PELAKSANAAN PENGAJARAN SAINS, MATEMATIK DAN TEKNOLOGI DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI)

Adakah wajar PPSMI ini diteruskan atau dimansuhkan??

Mari kita gali lebih dalam apa yang telah yang telah dibincangkan dan adakah PPSMI ini diteruskan ataupun dimansuhkan?

Seperti mana yang kita tahu, PPSMI ini diadakan adalah bertujuan untuk meningkatkan pengguasaan bahasa inggeris dengan bagus. Ini adalah satu tindakan kerajaan yang bijak tetapi ia juga mempunyai kesan yang teruk di mana ia boleh meminggirkan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu dan budaya tinggi yang kita telah pegang dari zaman nenek moyang kita.

Atas sebab itulah Kementerian sedang mencari jalan bagaimana cara atau kaedah mengajar bahasa Inggeris yang sesuai dan berkesan dan telah memilih untuk meneruskan PPSMI ini kerana kita rakyat Malaysia kurang penguasaan dalam bahasa Inggeris dalam sains dan matematik terutamanya sesetengah orang melayu.


Reaksi Masyarakat.....

Ini telah menyebabkan orang Malaysia terutamanya orang melayu berasa terkilan kerana bahasa ibunda mereka telah disisihkan dan cuba mengambil bahasa asing sebagai bahasa yang penting. Ini seperti telah menghina bahasa kebangsaan sendiri.

Kerajaan mestilah belajar dari pengalaman. Dalam tahun 60-an Kerajaan telah “mengusir” keluar tulisan jawi daripada bilik darjah. Akibatnya 40 tahun kemudian akhbar tulisan jawi menjadi tidak lagi berdaya maju. Sekarang kerajaan sekali lagi “mengusir” keluar bahasa Melayu daripada bilik darjah “sains dan teknologi”. Kemungkinan besar 40 tahun lagi akhbar berbahasa Melayu tidak akan berdaya maju dan akan menjadi sisipan saja kepada akhbar Inggeris dan Mandarin. Pada waktu itu bahasa Melayu bukan lagi bahasa ilmu dan budaya tinggi.


Fakta.....

Fakta menunjukan institusi pendidikan di peringkat rendah, berdasarkan peratusan bagi subjek Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik adalah sekitar 40 peratus. Di peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR), secara purata, subjek Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik adalah sekitar 34 peratus. Dalam aliran sains di peringkat SPM, jumlah mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan English for Science and Technology (EST) adalah sekitar 66 peratus daripada jumlah keseluruhan. Begitupun jumlah untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains hanyalah di sekitar 34 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Ini adalah jumlah peratusan yang sangat sikit dan jika PPSMI ini diteruskan maka penduduk di Malaysia ini terutamanya pelajar - pelajar melayu akan disisihkan dari masyarakat kerana penguasaan bahasa Inggeris sangat lemah.


Pada Pendapat Saya.........

Saya tidak bersetuju dengan Pelaksanaan Pengajaran Sains, Matematik Dan Teknologi Dalam Bahasa Inggeris(PPSMI) jika ia diteruskan kerana ini boleh merosakkan bahasa kebangsaan kita. Jika ini diteruskan juga.., mungkin ramai pelajar - pelajar melayu kita semua akan gagal dan reputasinya akan merosot. Ini akan menyebabkan kejatuhan orang melayu dan kaum - kaum lain akan menindas kita.

Contohnya di Singapura.., ramai warganegara di sana tidak tahu untuk bercakap dalam bahasa Melayu kerana apa? kerana negara di sana telah di ajar untuk bercakap dalam bahasa Inggeris. Seperti nagara kita juga..., kita perlu menjaga bahasa kebangsaan kita supaya tidak hilang di luput zaman.

Malaysia ini bukan England, bukan Amerika, bukan India, bukan Taiwan, bukan Singapura untuk belajar bahasa Inggeris sebagai bahasa ibunda. Malaysia ini adalah Malaysia yang dahulunya Persekutuan Tanah Melayu yang sejarahnya bermula sejak sebelum kerajaan Melayu Melaka lagi. Kembalikanlah bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara kita seperti sebelum tahun 2003 kerana apa tuan - tuan? kerana BAHASA MENUNJUKAN BANGSA!!!!!

No comments:

Followers